Saturday, October 18, 2008

Menghitung Nama-nama Allah

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w bersabda: Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang mampu menghafalnya, nescaya dia akan masuk Syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil (esa pada zat, sifat dan perbuatan-Nya serta tiada sekutu bagi-Nya) dan Dia menyukai pada yang ganjil.

Sahih Muslim

Thursday, October 16, 2008

Zikir Kepada Allah

Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.

Check-in spital



Anak gua kena check-in kat Hope Children Hosp. la plak sebab kuman masuk paru2 dlm bln posa yg lepaih. Setiap 5 jam anak gua kena pakai nebulizer. Seminggu gak laa 1 family dok kat spital tuh. Bukak posa n sahor pon kat spital. Time sahor gua pi beli makan kat kedai nasik kandaq laaa. Itu jer yg lalu makan....


Gua chow dulu!!!

Family day



Ini gambo time tempat keja wa bikin family day di The Carnivall Sg Petani. Wa usung la wife and anak wa... Boley tahan gak laa tempat nih.. Habis ja aktiviti dgn kompeni wa pon berkubang laaa dgn member yg memang telah bersedia nak berkubang.. mcm bebudak la plak kami... Wife wa plak jenuh kena kontrol anak wa. Cian dia. Anak wa plak sampai tak mau balik. Dah sampai rumah pon dok ajak pi lagi. Jenuh laaaa mcm nih.....

gambo family gua


for the first time ever wa publish photo family wa. Wa cuma ada sorang jer orang rumah and sorang smart son. Nama wife wa Noor Shahila and generasi wa nama Ahmad Syahmi Zarif . Baru berusia 3 tahun. Huruf pada pangkal nama dia sama dgn nama abah dia. biasalaa dah abah dia yg taruk nama. hehehe...