Sunday, December 13, 2009

1431 Hijrah

Salam...tidak beberapa hari saja lagi semua umat Islam akan melangkah kaki ke tahun 1431H. Mungkin ada yang tidak perasan atau tidak tahu yang 1430 akan berlalu pergi. Seeloknya kita perlulah flash back pada tahun 1430H. Apakah yang kita telah lakukan untuk Allah? Adakah kita telah berlaku adil terhadap Allah? Maksudnya setiap hari kita bekerja selama 8 jam. dalam 8 jam itu juga kita habiskan masa denga teman sekerja. Kita juga boleh luangkan masa berjalan2, shopping sakan, berkelah, melancong dan macam2 lagi masa kita luangkan untuk keluarga. Itu hanya untuk keluarga, belum lagi dikira masa dengan teman2. Sudahlah di tempat kerja kita luangkan untuk teman & bersembang2 dengan mereka, di luar waktu kerja kita luangkan masa dengan teman2 untuk bersosial, bersukan, jalan2, makan2, tonton wayang dan macam2 lagi kegiatan kita dengan teman2. Ada pula yang sanggup 'mengembara jauh ' untuk bertemu teman istimewa. Semua yang kita lakukan ini memerlukan pengorbanan wang ringgit & masa. Jadi cuba hitungkan pula masa yg kita luangkan untuk Allah seperti menghadirkan diri ke surau/masjid untuk bersolat jemaah di samping menghadiri majlis-majlis ilmu Sesungguhnya majlis ini adalah salah satu taman syurga. Bagaimana kita hendak masuk syurga sedangkan kita tidak gemarkan majlis ilmu. Malaikat merahmati kepada sesiapa yang berada di dalam majlis ilmu. Allah tidak memerlukan kita membayar wang langsung bila kita ke surau/masjid @ menghadiri majlis ilmu. Pada masa sekarang surau/masjid tidak jauh dari tempat tinggal kita. Susahkah untuk kita ke rumah Allah untuk beribadat atau mendengar ceramah agama kerana semua itu free of charge. Adakah kita berlaku adil terhadap Allah yang memberi segala nikmat kepada kita?? Semua ini akan ditanya di sana nanti . Sama sama lah kita menginsafi diri