Monday, March 9, 2009

5 perkara

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2: duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5-
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Saturday, March 7, 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Sunday, March 1, 2009

Kedai jam

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu. " Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga."Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "

Kejutkan

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... " KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..." BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

Bil telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau!! Gunakan telefon sesuka hati..Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja je..

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon kat tempat kerja jugak..

Pembantu rumah : Jadi,apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!…

Suami,isteri,anak : huh!!