Sunday, December 13, 2009

1431 Hijrah

Salam...tidak beberapa hari saja lagi semua umat Islam akan melangkah kaki ke tahun 1431H. Mungkin ada yang tidak perasan atau tidak tahu yang 1430 akan berlalu pergi. Seeloknya kita perlulah flash back pada tahun 1430H. Apakah yang kita telah lakukan untuk Allah? Adakah kita telah berlaku adil terhadap Allah? Maksudnya setiap hari kita bekerja selama 8 jam. dalam 8 jam itu juga kita habiskan masa denga teman sekerja. Kita juga boleh luangkan masa berjalan2, shopping sakan, berkelah, melancong dan macam2 lagi masa kita luangkan untuk keluarga. Itu hanya untuk keluarga, belum lagi dikira masa dengan teman2. Sudahlah di tempat kerja kita luangkan untuk teman & bersembang2 dengan mereka, di luar waktu kerja kita luangkan masa dengan teman2 untuk bersosial, bersukan, jalan2, makan2, tonton wayang dan macam2 lagi kegiatan kita dengan teman2. Ada pula yang sanggup 'mengembara jauh ' untuk bertemu teman istimewa. Semua yang kita lakukan ini memerlukan pengorbanan wang ringgit & masa. Jadi cuba hitungkan pula masa yg kita luangkan untuk Allah seperti menghadirkan diri ke surau/masjid untuk bersolat jemaah di samping menghadiri majlis-majlis ilmu Sesungguhnya majlis ini adalah salah satu taman syurga. Bagaimana kita hendak masuk syurga sedangkan kita tidak gemarkan majlis ilmu. Malaikat merahmati kepada sesiapa yang berada di dalam majlis ilmu. Allah tidak memerlukan kita membayar wang langsung bila kita ke surau/masjid @ menghadiri majlis ilmu. Pada masa sekarang surau/masjid tidak jauh dari tempat tinggal kita. Susahkah untuk kita ke rumah Allah untuk beribadat atau mendengar ceramah agama kerana semua itu free of charge. Adakah kita berlaku adil terhadap Allah yang memberi segala nikmat kepada kita?? Semua ini akan ditanya di sana nanti . Sama sama lah kita menginsafi diri

Saturday, October 24, 2009

Supernova

Firman ALLAH SWT (mafhum):`...................dan Kami turunkan besi, di dalamnya ada kekuatan yg besar dan berbagai menafaat untuk manusia..............'AL-HADID: 25

Besi asalnya berada di dalam bintang-bintang dalam sistem cakerawala.
Oleh kerana suhunya yang terlalu tinggi, maka bintang-bintang tidak mampu menanggungnya lagi, maka berlakulah letupan yg dipanggil dgn istilah NOVA atau SUPERNOVA.
Meteor yang mengandungi besi jatuh ke bumi.Semuanya untuk manusia, khalifah yang dicipta ALLAH di bumi.
Manusia sering lupa diri, sedangkan ni'mat datang silih berganti.

Thursday, October 8, 2009

Perasuah tidak boleh menjadi pemimpin

Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.
Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.
Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.
Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).
"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.
Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.
"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.
Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin?

Saturday, October 3, 2009

Masalah pendengaran

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran."Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor."Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.""Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. "Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya."Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"

rupa2nya si suami pon ada sound trouble...

Saturday, September 19, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Khamis baru2 ni aku dgn member pi majlis bebuka puasa di restoran nasi kandar sebaik saja abis kerja. Kami semua pekena nasi beriyani. Wallaaa!! Sedap nasi tu. Tapi yg penting dpt berbuka dgn kawan2.



Saturday, September 12, 2009

Atong & Pak Mat Kastam

Atong melalui sempadan Siam menggunakan basikal. Dua beg besar tersandang di belakang Atong. Pak Mat Kastam menahan Atong dan bertanya, "Apa dalam beg tu?", "Pasir," jawab Atong."Turun dari basikal!, kita tengok apa betul kau bawak pasir!" Pak Mat Kastam terus mengambil beg tersebut dan dengan pantas membuka beg itu. Sementara pasir itu di ujikaji, Atong di tahan dilokap semalaman. Setelah dibuat ujikaji dan diteliti, pasir yang dibawa Atong memang pasir tulin dan tiada lain selain dari pasir semata-mata. Atong dibebaskan. Pasir kepunyaan Atong di masukkan semula ke dalam begnya dan melepaskannya melalui sempadan ke Malaysia.Keesokannya perkara yang sama berlaku. Pak Mat Kastam tanya, "Apa yang kau bawak?" "Pasir" kata Atong. Pak Mat Kastam tak puas hati, sekali lagi dia membuat pemeriksaan, tapi beg Atong tak ada benda lain selain pasir semata-mata. Atong dibenarkan melalui sempadan dengan basikalnya.Hal ini berlaku berulang kali setiap hari selama setahun. Pada suatu hari Atong tak muncul di sempadan. Pak Mat Kastam merasa pelik kerana Atong tak pernah tak melintas sempadan walaupun pada cuti umum. Suatu hari Pak Mat Kastam terjumpa Atong di sebuah pekan."Atong" tegur Pak Mat Kastam, "Aku tau kau ada seludup sesuatu. Aku tak boleh tidur memikirkannya. Ok lah antara kita berdua, kau dan aku, sebenarnya apa yang kau seludup?""Basikal", jawab Atong ringkas.

Monday, August 31, 2009

Temuduga lanun

Seorang lelaki yang kudung kakinya,tangannya bercangkukdan bermata satu hadir dalam temuduga untuk menjadi lanun.
Penemuduga: Bagaimana kaki kamu boleh kudung?
Lelaki: Cedera ketika perang dunia kedua.
Penemuduga: Kenapa tangan kamu bercangkuk?
Lelaki: Terpotong dengan pisau besar!
Penemuduga: Mata kamu pula?
Lelaki: Suatu hari ketika hujan saya mendongak kelangit, lalu ada seekor burung menjatuhkan tahinya ke mata saya.
Penemuduga: Adakah kerana itu mata kamu rosak dan hanya tinggal sebelah?
Lelaki: Bukan itu sebabnya, mata saya terkeluar selepas menggunakan cangkuk untuk menyapu tahi itu!!

Saturday, August 29, 2009

Wasiat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali A.S

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t

Thursday, August 20, 2009

Suami terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... ""Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kitaboleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA??!!

Saturday, August 15, 2009

Nasihat Kehidupan

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK. Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK. Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL. Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS Gunakanlah formula 7 K 1 Ketaqwaan 2 Kasih sayang 3 Kesetiaan 4 Komunikasi dialogis 5 Keterbukaan 6 Kejujuran 7 Kesabaran

Sunday, August 2, 2009

Berebut sakan

Memang dah perangai binatang suka berebut sesuatu.Kalau kucing, apa yg mereka tak rebut. Friskies dah dituang, penuh semangkuk, datang sekor kucing makan, kucing lain akan datang buat hal, akhirnya bergaduh.Kalau masuk musim mengawan, kucing jantan akan `pancut' sakan untuk menandakan sempadan/border masing-masing. Kemudian mereka akan bergaduh untuk rebut kucing betina. Ada yg luka parah, cuma tak syahid sahaja.Begitulah binatang. Cuma manusia kadang-kadang lebih teruk dari haiwan-haiwan ini.

Berebut harta!
Berebut takhta!
Berebut perempuan!
Berebut dunia!

Mereka lupa Rasul saw ada memberi peringatan:`Demi ALLAH, bukan kefakiran itu yg aku takut menimpa kamu. Bahkan, yg aku takut menimpa kamu ialah apabila dibentangkan dunia (dan segala isinya) kpd kamu, sepertimana telah dibentangkan dunia itu kpd orang-orang yg sebelum dpd kamu. Lalu kamu berebut-rebut mengambil dunia itu, seperti mana org sebelum kamu berebut-rebut mengambil dunia, lalu akhirnya kamu dibinasakan ALLAH, sepertimana mereka (org-org sebelum kamu) dibinasakan ALLAH (kerana berebut akan dunia).'Anjing lain la, spender pun jadi rebutan

Saturday, July 4, 2009

Kenduri durian

Selepas habih keja aku & member pi pekena durian. Mcm2 jenih brand ada. Kami dah memesan dr seorang pakcik utk sediakan semua jenis durian. Lebih kurang 5 ulas gak aku tapaw durian ke dalam perut aku.. Mlm tu mulala tak senang duduk. Makan pun boleh penat...






Sunday, June 7, 2009

Saintis mana nak kira ni?

Salam.
Di antara ribuan teori dalam ilmu Fizik ialah:

v=d/t
v= velocity @ Halaju
d= distance @ Jarak
t=time @ masa

Maknanya kita boleh mengira kelajuan sesuatu objek sekiranya kita tahu jaraknya dan masa yg diambil oleh objek itu. Begitulah sebaliknya, yakni, kita boleh mencari jarak dan mengira masa yg diambil.Siapa boleh kira berapa jarak (distance) dalam hal ini:Dari Abu Hurairah r.h., katanya: " Kita semua bersama Rasulullah saw, tiba-tiba terdengarlah suara benda yg jatuh dgn keras, lalu Rasulullah saw bersabda: " Adakah engkau semua mengetahui suara apakah ini?" Kita semua berkata: " ALLAH dan RasulNya yg lebih mengetahui."Rasulullah saw lalu bersabda: " Ini adalah batu yg dilemparkan ke dalam neraka sejak 70 tahun yg lalu, dan kini sudah sampai di dasar neraka itu. Maka dari itu engkau semua dapat mendengarkan suara jatuhnya."(Muslim)Berdasarkan formula halaju di atas, sila kira berapa jarak (kedalaman) antara tebing neraka dan dasar neraka itu.Selamatkan kami dari nerakaMu Ya ALLAH!

Monday, May 18, 2009

3D 2N in Langkawi

Minggu lepas aku and family ke Langkawi. Dah penat keja kasi rest sket badan n otak. Aku stay di pekan Kuah utk 2 mlm. Anak aku enjoy time di Underwater world jer. Tempat lain tu biasa jer.


















sementara menunggu 3d show
























Tuesday, May 12, 2009

Dinner di EQ

Jumaat lepas selepas abis keja aku attend dinner di hotel Equatorial. Dinner ni utk jawatankuasa yg organize safety & health di tempat keja aku. Aku tak kasik chance, habis semua makanan kat situ aku hayon memandangkan kompeni aku yg bayaq.







Saturday, April 25, 2009

Toy Museum

Weekend lepas aku tak tau nak buat hapa, so bawakla anak n wife ke toy museum di Tanjung Bungah. Rega tiket utk adult RM10 n bebudak RM6. Pasal banyak sgt replika dlm tu sampai anak aku tak tau nak tengok yg mana satu. Replika dlm piramid pon ada dlm museum tu. Mcm ada kat mesir la plak.



























Saturday, April 11, 2009

Admit to Pantai Hospital

Recently wife aku masok spital sebab dia alami masalah ligamen di lutut time nak amik wuduk di ofis. Pastu langsung tak bleh jalan. Berehat 3 days 2 nights d spital. Memandangkan insuran yg cover, aku pun belasah mcm2 jenis makanan kat situ. Semuanya masuk bil. Insuran yg bayaq maa... MC sampai 2 minggu.. huh....




Monday, March 9, 2009

5 perkara

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2: duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4 - اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5-
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nyenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

Saturday, March 7, 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam Syurga dan aku dikeluarkan dari Syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam Syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

Sunday, March 1, 2009

Kedai jam

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jam tangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu. " Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga."Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "

Kejutkan

Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota... " KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI "...dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis..." BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI "

Bil telefon

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami : Ini dah melampau!! Gunakan telefon sesuka hati..Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri : Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja je..

Anak : Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon kat tempat kerja jugak..

Pembantu rumah : Jadi,apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya!!!…

Suami,isteri,anak : huh!!

Sunday, February 8, 2009

Jalan2 carik makan

Sabtu tengahari aku n wife bersama member yang lain pi jalan2 pekena mee udang di Taiping. First kami pi kedai yg pernah masok tv tp terlampau ramai. Jadi selepas mencapai majoriti sukarela tanpa paksaan mana2 pihak kami lompat ke kedai yg 2nd. Penuh gak udang dlm pinggan. Jenuh kupas. Lepas makan kami p bersantai di batu hampar. Anak2 yg ikut sempat mandi













Saturday, January 10, 2009

C...put the series episode 2

Hari sabtu wa & friends pi cari lagi siput di port biasa. Situ memang lubuk siput. Setiap kali sodok musti boleh dpt siput. Kami mula dari 8.30am sampai la tengahari. Kami kena cari awal sebab air laut pasang cepat. Kali ni dpt lagi banyak dari yg sebelum nih.



As usual berposing sambil cari c...put


Antara hasil yg dpt


Satu utk ngkau, satu utk aku







Sunday, January 4, 2009

Jalan2 ke Genting Highland

Jumaat baru2 nie wa usung family pi ke genting highland dgn beberapa member. Walaupun pada mulanya plan nak makan angin ke tempat lain, tapi bila dah decide 2nd choice ke genting, ok jugakla drpd dok keras kat rumah ja.



Baru ondeway ke genting... anak wa bad mood, mulutnya ada ulser daa


21 dr 27 sit dlm bas tu kami conquer.. dh bole buat 1 kerajaan


nak check-in pon kena tuggu 1 tawon


anak wa ceria lepas turun dr bas walau kurang mood atas bas



wa and family atas Venice Gondola. nasib baik naik dgn member, boleylah tulun tgkp gambo


anak wa terkapit la plak.. kasi panas badan daa....


yo yo wahsup wahsup .....


dok langut kot ataih tu buat hapa??...



mana muka wa nih?? tadak kaa??


anak mak


hujan2 pon hujan lah..janji blh panjat bas


abg baju oren tuh dok senyum ja



inilah kerajaan dlm bas. cian kameraman. kena guna 7 kamera utk tgkp gambaq


geng2 bapak plak aaa