Sunday, August 2, 2009

Berebut sakan

Memang dah perangai binatang suka berebut sesuatu.Kalau kucing, apa yg mereka tak rebut. Friskies dah dituang, penuh semangkuk, datang sekor kucing makan, kucing lain akan datang buat hal, akhirnya bergaduh.Kalau masuk musim mengawan, kucing jantan akan `pancut' sakan untuk menandakan sempadan/border masing-masing. Kemudian mereka akan bergaduh untuk rebut kucing betina. Ada yg luka parah, cuma tak syahid sahaja.Begitulah binatang. Cuma manusia kadang-kadang lebih teruk dari haiwan-haiwan ini.

Berebut harta!
Berebut takhta!
Berebut perempuan!
Berebut dunia!

Mereka lupa Rasul saw ada memberi peringatan:`Demi ALLAH, bukan kefakiran itu yg aku takut menimpa kamu. Bahkan, yg aku takut menimpa kamu ialah apabila dibentangkan dunia (dan segala isinya) kpd kamu, sepertimana telah dibentangkan dunia itu kpd orang-orang yg sebelum dpd kamu. Lalu kamu berebut-rebut mengambil dunia itu, seperti mana org sebelum kamu berebut-rebut mengambil dunia, lalu akhirnya kamu dibinasakan ALLAH, sepertimana mereka (org-org sebelum kamu) dibinasakan ALLAH (kerana berebut akan dunia).'Anjing lain la, spender pun jadi rebutan

No comments: