Thursday, October 8, 2009

Perasuah tidak boleh menjadi pemimpin

Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.
Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.
Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.
Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.
Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).
"Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu," katanya di sini.
Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.
"Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar," katanya.
Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin?

No comments: